Selamat Datang, Guest !  
 

DASAR PRIVASI

A. PRIVASI ANDA

Dasar privasi kami termasuklah kegunaan dan perlindungan daripada semua maklumat yang dimasukkan oleh pelawat. Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurus niaga dengan menggunakan laman portal atas talian (Portal Pesakit) ataupun menghantar emel yang mengandungi data-data peribadi, data-data ini akan disimpan di dalam stor informasi atas talian kami.

B. COOKIES

Sesetengah laman web (termasuklah gerbang kami) menghasilkan ‘cookies', yang dikumpulkan oleh pelayan laman portal atas talian (Portal Pesakit) bagi membolehkan ianya mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. ‘Cookies' ini tidak menyimpan data-data anda secara kekal dan ianya juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. ‘Cookies' akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

C. MAKLUMAT LOG

Apabila anda mengekses laman portal atas talian (Portal Pesakit), pelayan web kami akan secara automatik merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar setiap kali anda melayari satu-satu laman web. Log pelayan ini termasuklah maklumat seperti permintaan web, alamat Protokol Internet, jenis pelayar, bahasa pelayar, tarikh dan masa permintaan anda dan satu atau lebih ‘cookies' yang secara uniknya mengenalpasti pelayar anda.

D. PERLINDUNGAN DATA

Perlindungan terhadap apa jua data yang diberikan kepada kami adalah menjadi keutamaan dan standard keselamatan yang ketat juga dikekalkan untuk mengelakkan sebarang akses yang tidak dibenarkan.

E. MAKLUMAT TERKUMPUL

Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari laman portal atas talian (Portal Pesakit) kecuali maklumat yang diberikan kepada anda melalui emel, di mana ianya adalah di bahagian Gerbang yang dijamin selamat

F. PERTUKARAN POLISI

Sekiranya terdapat sebarang pertukaran pada dasar privasi, ianya akan dikemaskinikan di portal ini.Anda adalah digalakkan untuk sentiasa melayari bahagian dasar privasi bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat mana yang disimpan, bagaimana dan bila ianya digunakan dan jika ada, adakah ianya dikongsikan bersama pihak lain.

Rujukan

Standard Perlindungan Data Peribadi 2015
http://www.pdp.gov.my/index.php/en/pengumuman/637-standard-pdp-2015